Dituduh ingin rampas Malaysia sedangkan kita bersama Melayu membebaskan belenggu kezaliman.
Kerana berbeza warna kulit, kita seringkali terasa asing.
Duhai temanku,
Bumi ini milik Allah,
Tidak selamanya kita di sini,
Mungkin esok atau lusa, kita akan kembali mengadap-NYA.
Jangan biarkan hati mereka terluka kerana kita,
Jangan biarkan mereka menangis dengan kata-kata kita,
Mereka kafir harbi ! Mereka ada niat jahat !
Oh, ini bukan ajaran Nabi kita.
Ingatkah kalian,
Seorang tua yahudi yang buta disuapkan makanan oleh Nabi saw, setiap kali Nabi menyuapkan makanan untuknya, tidak pernah berhenti cacian keluar dari mulutnya terhadap Nabi dan agama islam sedangkan dia tidak tahu yang menyuapkannya setiap hari itu ialah Nabi saw sendiri. Hinggalah setelah kematian Nabi saw, Abu Bakar menggantikan Nabi menyuapkan makanan untuknya.
Seperti biasa yahudi buta itu akan memaki dan mengutuk Nabi s.a.w. Lalu Abu Bakar menyuapkan makanan ke mulut yahudi itu. Lantas dia meludah semula makanan yang disuapkan oleh Abu Bakar dan berkata,
“Aku tahu kau bukanlah orang yang selalu menyuap aku setiap hari. Aku tak nak kau yang menyuapkan aku. Aku nak orang yang selalu suapkan aku itu kerana cara dia sangat lembut. Dia menyuap ku makan dengan lemah lembut. Bukan macam kau. Kau kasar.”
Kemudian Abu Bakar berkata, “Orang yang selalu menyuap kau setiap hari itu telah wafat dan dia adalah orang yang selalu kau hina. Dia ialah Nabi Muhammad s.a.w.”
Mendengar berita itu, yahudi buta itu tersungkur dan menangis. Lalu dia memeluk Islam hanya kerana akhlak Baginda yang mulia.
Duhai temanku,
Ingatlah pesanan Allah kepada kita,
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat: Ayat 13)
No comments:
Post a Comment